Thursday, 27 September 2012

LIRIK LAGU NIL,AM



Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hdup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari



CARTA ORGANISASI PSS

Berikut adalah senarai barisan Ahli Jawatankuasa PSS:

PENAUNG
Pn. Hairul Bariyah Harun

GURU PERPUSTAKAAN
Pn. Nik Nor Fadhilah Nik Nordin

KETUA PENGAWAS PSS
Muhd Falaq Adnan

PENOLONG K.PENGAWAS PSS
Siti Nur Fathiah Kamarudin

SETIAUSAHA
Fazidah Saari

PENOLONG SETIAUSAHA
Mohd Nur Irsyad Ismail

BENDAHARI
Fatin Nur Shahira Jamil
PENOLONG BENDAHARI
Muhd Izzuddin Aziz

AJK KECERIAAN
Nur Amirah Solehah Takin
Zunnurain Musfirah Zainal

AJK KEBERSIHAN
Nur Farahani Jaafar
Nur Atikah Abdullah

MATLAMAT PSS

Antara matlamat kami ialah:

*Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah secara umumnya.
*Melahirkan murid yang berilmu, berilmu dan bertaqwa.
*Menghasilkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama yang bakal menjadi peneraju yang terbilang.
*Mempersiapkan diri murid dengan nilai-nilai positif yang boleh disumbangkan kepada masyarakat apabila tamat persekolahan dan berada di tengah-tengah masyarakat.
*Mempertingkatkan mutu pengurusan, perlaksanaan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
*Melengkapkan dan menaik taraf kemudahan prasarana di semua unit PSS supaya menjadi lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
*Memperkasakan budaya cintakan ilmu.
*Memperlengkap guru-guru dengan kemahiran-kemahiran terutama kemahiran ICT supaya guru lebih berilmu, inovatif dan kreatif. 

SELAYANG PANDANG


  Assalamualaikum wbt...


Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia,
selamat mengunjungi blog kami...

diharapkan anda dapat mengambil 1000 manfaat daripada coretan kami..

jika terdapat salah silap di dalam blog ini,kami menyusun 10 jari memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan,kerana setiap manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan. Mungkin anda tertanya-tanya apakah pengertian ungkapan PSS ASSYAKIRIN?

Mari kami bawa anda merungkai maksud yang tersurat lagi tersirat di sebalik ungkapan ini.

PSS bermaksud Pusat Sumber Sekolah manakala ASSYAKIRIN pula ialah nama sekolah kami yang tercinta iaitu Sekolah Menengah ARAB (JAIM) Assyakirin , Selandar,77500 Jasin, Melaka.


Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.


Bagi memahami maksudnya dengan lebih mendalam,kami telah membuat beberapa penyelidikan. Melalui Yusuf Hashim, beliau berkata PSS sebagai satu tempat terkumpulnya berbagai alat dan bahan media pendidikan yang telah dikelas, dikatalog dan disusun-atur untuk memudahkan pengguna di samping merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul, berunding sesama sendiri, memilih, merencana, menerbit dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan ikhtisas guru demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.


Bagi mengukuhkan lagi kefahaman anda, kami sempat memetik ungkapan dari insan tersohor ini iaitu Dr. Wan Zahid Nordin yang berkata, PSS adalah satu tempat di mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding, pakar-pakar/kakitangan sumber kesemuanya sama-sama merencana, membina dan mengeluarkan bahan-bahan kurikulum, menggunakan dapatan-dapatan penyelidikan dan menyedia/menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambah lagi iktisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan murid mereka.


Kami harap anda dapat memahami maksud PSS ASSYAKIRIN dengan mantap. Setakat ini sahaja yang dapat kami kongsikan maklumat yang berguna ini walaupun isinya ringkas,namun faktanya begitu jitu dan padat.

PROGRAM PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2012


 Selasa, 15 Mei 2012- Pagi tadi bertemakan Pelancaran Program Nilam,perhimpunan rasmi di SMA JAIM Assyakirin,telah berlangsung majlis pelancaran Program Nilam bagi tahun 2012 peringkat sekolah ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi PIBG, SMA JAIM Assyakirin, Encik Azman bin Mamat.
Diharap dengan bermulanya pelancaran progran NILAM ini akan menyemarakkan lagi semangat dikalangan murid-murid untuk menambah ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah ataupun di mana-mana sahaja terdapat bahan bacaan yang berfaedah.

Program NILAM merupakan program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di mana objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan pelajar membaca buku dengan jumlah yang banyak dalam pelbagai bahasa dan tema. Selain itu, ia juga menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemarakkan tabiat membaca ini.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam semasa pelancaran tersebut:












-------------------------------