Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia,
selamat mengunjungi blog kami...
diharapkan anda dapat mengambil 1000 manfaat daripada coretan kami..
jika terdapat salah silap di dalam blog ini,kami menyusun 10 jari memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan,kerana setiap manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan. Mungkin anda tertanya-tanya apakah pengertian ungkapan PSS ASSYAKIRIN?
Mari kami bawa anda merungkai maksud yang tersurat lagi tersirat di sebalik ungkapan ini.
PSS bermaksud Pusat Sumber Sekolah manakala ASSYAKIRIN pula ialah nama sekolah kami yang tercinta iaitu Sekolah Menengah ARAB (JAIM) Assyakirin , Selandar,77500 Jasin, Melaka.
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Bagi memahami maksudnya dengan lebih mendalam,kami telah membuat beberapa penyelidikan. Melalui Yusuf Hashim, beliau berkata PSS sebagai satu tempat terkumpulnya berbagai alat dan bahan media pendidikan yang telah dikelas, dikatalog dan disusun-atur untuk memudahkan pengguna di samping merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul, berunding sesama sendiri, memilih, merencana, menerbit dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan ikhtisas guru demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi mengukuhkan lagi kefahaman anda, kami sempat memetik ungkapan dari insan tersohor ini iaitu Dr. Wan Zahid Nordin yang berkata, PSS adalah satu tempat di mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding, pakar-pakar/kakitangan sumber kesemuanya sama-sama merencana, membina dan mengeluarkan bahan-bahan kurikulum, menggunakan dapatan-dapatan penyelidikan dan menyedia/menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambah lagi iktisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan murid mereka.
Kami harap anda dapat memahami maksud PSS ASSYAKIRIN dengan mantap. Setakat ini sahaja yang dapat kami kongsikan maklumat yang berguna ini walaupun isinya ringkas,namun faktanya begitu jitu dan padat.
No comments:
Post a Comment