Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera dan
salam Satu Malaysia,
selamat mengunjungi blog kami...
diharapkan anda dapat mengambil 1000 manfaat daripada coretan kami..
jika terdapat salah silap di dalam blog ini,kami menyusun 10 jari memohon maaf atas
kesilapan yang dilakukan,kerana setiap manusia tidak akan lepas dari melakukan
kesilapan. Mungkin anda
tertanya-tanya apakah pengertian ungkapan PSS ASSYAKIRIN?
Mari kami bawa anda merungkai maksud yang tersurat lagi tersirat di
sebalik ungkapan ini.
PSS bermaksud Pusat Sumber Sekolah manakala ASSYAKIRIN pula ialah nama
sekolah kami yang tercinta iaitu Sekolah Menengah ARAB (JAIM) Assyakirin ,
Selandar,77500 Jasin, Melaka.
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan
serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi
memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta
kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,
gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Bagi memahami maksudnya dengan lebih mendalam,kami telah membuat
beberapa penyelidikan. Melalui Yusuf Hashim, beliau berkata PSS sebagai satu
tempat terkumpulnya berbagai alat dan bahan media pendidikan yang telah
dikelas, dikatalog dan disusun-atur untuk memudahkan pengguna di samping
merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul, berunding sesama
sendiri, memilih, merencana, menerbit dan seterusnya menggunakan alat dan bahan
pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan ikhtisas guru demi
meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi mengukuhkan lagi kefahaman anda, kami sempat memetik ungkapan dari
insan tersohor ini iaitu Dr. Wan Zahid Nordin yang berkata, PSS adalah satu
tempat di mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding,
pakar-pakar/kakitangan sumber kesemuanya sama-sama merencana, membina dan
mengeluarkan bahan-bahan kurikulum, menggunakan dapatan-dapatan penyelidikan
dan menyedia/menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk
menambah lagi iktisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan murid mereka.
Kami harap anda dapat memahami maksud PSS ASSYAKIRIN dengan mantap.
Setakat ini sahaja yang dapat kami kongsikan maklumat yang berguna ini walaupun
isinya ringkas,namun faktanya begitu jitu dan padat.